Asas Penubuhan

  1. Penubuhan PALAPES di semua IPTA mempunyai potensi besar sumber tenaga manusia yang berkelayakan akademik tinggi dan boleh memberi sumbangan besar terhadap keperluan pertahanan negara. 
  2. Kepercayaan bahawa berasaskan kelulusan akademik yang tinggi, mahasiswa-mahasiswi ini boleh dijadikan Pegawai Simpanan ATM yang dinamik serta berdedikasi jika diberi bimbingan serta latihan ketenteraan yang sesuai.
  3. Program latihan ketenteraan yang diberi kepada mahasiswa-mahasiswi diharapkan membantu IPTA khususnya dan negara amnya dalam membentuk warganegara yang berketerampilan, berdisiplin, dan mempunyai ciri-ciri ketahanan nasional.

Markas PALAPES UKM Bangi
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Tel:  +603-89213048/5010  Fax:  +603-89250353