Pengenalan

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Universiti Awam (UA).

Selain dari melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan UA untuk membentuk kualiti dan jati diri seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain itu, latihan berterusan dan latihan kem tahunan juga akan diadakan secara sepenuh masa yang mengambil masa sehingga 3 minggu.

Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 17 buah UA.

PALAPES

PALAPES in BRIEF

Maklumat fakta dan angka berkaitan dengan PALAPES USIM

KEBOLEHPASARAN

Maklumat berkenaan keboleh pasaran graduan PALAPES USIM dalam pasaran kerjaya

DATA ALUMNI

Maklumat ALUMNI PALAPES USIM